PENIAGA DITIPU SEORANG LELAKI BERGELAR DATUK
Kuala
Lumpur: Perancangan seorang kakitangan kanan
sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) melebarkan perniagaan lebur apabila
mendakwa DITIPU LELAKI BERGELAR DATUK menyebabkan dia kini
menanggung hutang
pembiayaan kenderaan berjumlah hampir RM1 juta.
Lelaki itu mendakwa BUTIRAN PERIBADI DIRINYA DIGUNAKAN Datuk berkenaan bagi membuat
pembelian tiga kenderaan
pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire.
Namun, berikutan kegagalan menjelaskan
bayaran, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Arshad, 55, tahun kini berdepan risiko diisytihar
muflis.
Menceritakan
pengalamannya, Arshad berkata, dia berjumpa Datuk berkenaan selepas
diperkenalkan seorang rakan, awal tahun lalu bagi membincangkan tawaran menjadi
rakan kongsi perniagaan kurma hibrid.
“Saya tertarik kerana perniagaan itu
dikatakan mampu membawa pulangan lumayan. Selepas pertemuan itu, Datuk
berkenaan datang ke rumah saya untuk berbincang dengan lebih lanjut.
“Hasilnya kami setuju untuk menamakan
anak saya sebagai antara ahli lembaga pengarah syarikat. Tidak lama kemudian,
Datuk berkenaan meminta saya menyerahkan butiran diri bagi pembelian tiga MPV
berkenaan, katanya adalah untuk kegunaan syarikat.
“Tanpa pengetahuan saya, dia membuat
salinan slip gaji dan tidak menyerahkan semula dokumen asal kepada saya,” katanya
yang ditemui ketika membuat aduan kepada aktivis Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Syed Kamarul Al Mahsyur di sini,
baru-baru ini.
Arshad berkata, sebaik dihubungi pihak
bank, dia kemudian menandatangani perjanjian jual beli kerana memikirkan ia
akan menjadi aset syarikat dan Datuk berkenaan berjanji untuk membuat bayaran
penuh dalam tempoh enam bulan.
“Selepas tiga bulan, saya dimaklumkan
bank ada ansuran tertunggak untuk ketiga-tiga MPV itu dan saya perlu
bertanggungjawab kerana pinjaman dibuat atas nama saya.
“Usaha menghubungi Datuk berkenaan pula
gagal dan saya diberitahu kakitangan syarikat bahawa MPV dibeli dijadikan
kereta sewa,” katanya.
Sementara itu, Syed Kamarul berkata,
pihaknya akan merujuk
kes berkenaan ke Bank Negara Malaysia serta polis untuk tindakan lanjut kerana siasatan awal
mendapati ada UNSUR
PENIPUAN
pihak ketiga.
Ulasan
Catat Ulasan