Catatan

PENIAGA DITIPU SEORANG LELAKI BERGELAR DATUK

Imej
Kuala Lumpur : Perancangan seorang kakitangan kanan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) melebarkan perniagaan lebur apabila mendakwa DITIPU LELAKI BERGELAR DATUK menyebabkan dia kini menanggung hutang pembiayaan kenderaan berjumlah hampir RM1 juta . Lelaki itu mendakwa BUTIRAN PERIBADI DIRINYA DIGUNAKAN Datuk berkenaan bagi membuat pembelian tiga kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire. Namun, berikutan kegagalan menjelaskan bayaran, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Arshad, 55, tahun kini berdepan risiko diisytihar muflis . Menceritakan pengalamannya, Arshad berkata, dia berjumpa Datuk berkenaan selepas diperkenalkan seorang rakan, awal tahun lalu bagi membincangkan tawaran menjadi rakan kongsi perniagaan kurma hibrid. “Saya tertarik kerana perniagaan itu dikatakan mampu membawa pulangan lumayan. Selepas pertemuan itu, Datuk berkenaan datang ke rumah saya untuk berbincang dengan lebih lanjut.